I want to read this in a calm way..
so..the easiest way is to put it on my blog.^.^
http://matcuoi.com


Keratan Akhbar SPM 2010: 368,559 dapat sijil, 9,239 peroleh gred cemerlang!!
PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009.
Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, sebentar tadi.
Keratan Akhbar Keputusan SPM bukti program Tawaran Baru beri kesan positif!!
PUTRAJAYA: Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini, jelas menunjukkan program Tawaran Baru yang dilaksanakan antara sekolah dan Kementerian Pelajaran memberikan kesan positif dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata ini berdasarkan kepada penurunan bilangan sekolah dengan pencapaian sekolah berpotensi pada tahun lalu melebihi 50 peratus berbanding 2009 iaitu daripada 143 sekolah kepada 66 sekolah.
Justeru itu, beliau berkata satu majlis khas untuk mengumumkan nama sekolah terbaik serta pelajar cemerlang akan diadakan di Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jalan Duta Kuala Lumpur, pada 1 April, yang dijangka dirasmikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, pada tahun lalu, 67 sekolah dikategorikan cemerlang berbanding 66 pada 2009, 340 baik berbanding 278 dan 1,683 lagi sekolah di bawah kategori memuaskan berbanding 1,654.“Rumusan kementerian juga mendapati sebahagian besar sekolah berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan,” katanya pada sidang media untuk mengumumkan analisis keputusan SPM di sini hari ini.
“Semua pihak yang terbabit khususnya pentadbir dan guru-guru sekolah berjaya memainkan peranan masing-masing dengan efektif dan efisyen hingga dapat melahirkan pelajar yang berupaya mencapai kecemerlangan akademik,” katanya.
Tawaran baru atau bai’ah itu adalah empat bidang kecil di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan, menawarkan guru besar ganjaran RM7,500, diikuti lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900, petugas sokongan seperti kerani juga diberi imbuhan setimpal. – BERNAMA
Keratan Akhbar Pelajar Cina dapat A+ dalam Tasawwur Islam
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar berbangsa Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang keputusannya diumumkan hari ini.
Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.
“Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam,” kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini.
Katanya, beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu.
Wong, dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam.
“Dalam buku teks semua ada tentang tasawwur dan kita kena rajin mentalaah. Begitu juga mata pelajaran lain, saya tekun mempelajarinya.
“Saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan,” kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.
Seorang daripada empat pelajar terbaik SMK Agama Tok Jiring, Nur Zulaikha Ismail, berkata beliau berazam sejak awal lagi untuk memperoleh keputusan terbaik pada peperiksaan itu.
“Sebab itu saya sangat fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas. Kalau saya tidak faham saya akan bertanya selain banyak membuat latihan bersama rakan-rakan.
“Saya juga bertekad untuk mengubah hidup keluarga yang miskin. Dengan pelajaran saja saya fikir ia boleh mengubah iklim kehidupan keluarga,” kata anak kelima daripada 10 beradik.
Anak pekerja kilang papan itu memperoleh 11A+ iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi.
Ayahnya Ismail Othman, 50, ketika ditemui, melahirkan rasa syukur dan melahirkan penghargaan kepada semua guru yang mengajar anaknya. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Ada orang nak datang umah :P

ignorance is embarrassing.

Beani??