Gaduh - gaduh Sayang by Immaz Huda

Assalamualaikum w.b.t.

salam sejahtera.. here is another novel that I recently read and successfully the end. heee
* thanks to Awin sbb tertinggal novel ni. dapatla baca time cuti-cuti ni. haha

font cover

back cover


novel ini sgt unik sbb melibatkan perasaan seorg yg mmpunyai tubuh badan yg besar. dia berasa spt disisih dari org ramai...
tapi dengan semangat yg tinggi, dia berjaya mngubah dirinya menjadi kurus setelah 2 tahun belajar di luar negara , Indonesia. 

watak-watak :
1) Lady Lee Syazana - mmpunyai wajah ala-ala cina. anak sulung dan pewaris Datuk Lee Abdullah dan Datin Helena yg memiliki syarikat kereta terbesar di dunia, Pestiza Lee Sdn. Bhd. seorg yg degil dan agak licik apabila berhadapan dengan bapanya. Disebabkan minatnya yg mendalam dalam bidang perubatan, Syazana sanggup menjadi orang biasa dan melanjutkan pelajaran nya ke Indonesia selama 2 tahun . pernah memiliki tubuh badan yg besar yg boleh di kategorikan "gemuk" dan sering dibanding -bandingkan oleh maknya sendiri dengan kawan baik nya , Qistina. Padahal Qistinalah yg membuatkan rumah tangga Syazana retak kerana inginkan cinta lama nya, Rafiqi~

2) Rafiqi Rayyan - memiliki wajah yg tampan. sesiapa sahaja yg melihatnya pasti akan "cair" sehingga membuatkan dia tidak boleh mempercayai insan yg bernama "perempuan" lagi disebabkan pernah ditinggalkan oleh kekasih lama, Qistina. Nama manja ialah Boy. Satu-satunya anak Datuk Sabri dan Datin Sophea. Teman rapatnya , Danny menjadi setiausahanya dengan cara yg mudah. Danny juga merupakan penghasut yg ingin meretakkan rumah tangga Rafiqi~

Syarikat Datuk Sabri mengalami masalah besar dan boleh muflis bila-bila. Untuk mengelakkan itu terjadi, dia bercadang untuk mengahwinkan anaknya, Rafiqi dengan anak kawan baiknya, Datuk Lee kerana kekayaan Datuk Lee yg memiliki syarikat besar itu dapat membantu syarikatnya. 

Syazana telah 2 tahun tidak pulang ke rumah keluarganya. Dia belajar berdikari demi minatnya yg mendalam dalam bidang perubatan. Langsung tiada niat untuk mewarisi syarikat terbesar ayahnya. Ini membuatkan hubungan dia dan ahli keluarga tidak berapa baik. Apabila dia tahu yg dia bakal dikahwinkan dengan anak kawan baik ayahnya, dia telah berlakon menjadi orang gemuk dan balik ke Malaysia padahal dia telah kurus selama ni. 

Banyak kisah-kisah yg mencuit hati terjadi sepanjang perkenalan antara Syazana dan Rafiqi. Masing-masing mempunyai ego yg setinggi Gunung Everest, saling tidak mengalah antara satu sama lain. walhal masing-masing menyimpan suatu perasaan. 

#kisah comel Syazana & Rafiqi

  • ada ke patut Rafiqi sorok kan h/p Syazana dalam balang coki-coki dia yg kat dalam peti ais tu. semua pasal dia cemburu bila terbaca mesej dari kawan lelaki Syazana ajak gi keluar. huihui...terkantoi bila dengar ringtone h/p tu. mana x marah Syazana~ *Rafiqi ni memang suka makan coki-coki. tapi dia segan nak bagi tau kat org. macam budak-budak la katakan. ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Ada orang nak datang umah :P

ignorance is embarrassing.

Beani??