Pelaburan Unit Trust

Apa itu Unit Trust?


Dalam Bahasa Melayu nya bermaksud unit amanah, lebih dikenali dengan istilah "unit trust" di Malaysia daripada unit amanah.

Dari segi istilah, unit trust adalah satu bentuk #pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, dan kemudiannya dilaburkan dalam saham atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana (Fund Manager) profesional.

Secara ringkasnya, kita minta orang lain untuk urus dan laburkan duit kita. Berikan kepercayaan anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda.

Bergantung kepada jenis dana, pengurus dana mungkin melabur dalam aset berikut:
  • Bonds
  • Stocks
  • Derivatives
  • Money market instruments
  • Cash
  • Property
Aset-aset ini merupakan aset yang produktif yang akan menjana keuntungan kepada pemiliknya. Jadi sebagai pelabur unit trust, anda memiliki aset-aset ini secara tidak langsung. 😉

Oleh itu, setiap sen yang anda laburkan dalam #unittrust adalah mewakili pelaburan dalam aset-aset ini.



References

  1. http://eliasabllah.com/blog/apa-itu-unit-trust/
  2. http://www.majalahlabur.com/saham-amanah/apa-itu-unit-trust/

Comments

Popular posts from this blog

Gaduh - gaduh Sayang by Immaz Huda

Awesome Clan - 1/2/2013

Mr Bie