To Them

Assalamualaikum w.b.t.

Aku tak mampu untuk mengarang sesuatu.
Sekadar perkongsian buat rakan-rakan.

" Buat sahabat sahabat yang bakal memasuki medan peperangan,
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(الرعد:٢٨)
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Hati ini, tangan ini, jari jari ini, otak ini, mata ini dan seluruh jasad kita adalah kepunyaan Allah.
Kalau Allah nak buat kita blank,
kalau Allah nak buat kita sakit,
kalau Allah nak buat kita lupa,
kalau Allah nak buat kita ingat segala galanya,
kalau Allah nak buat kita boleh jawab semua,
itu semuanya hak dia.
Sebab semuanya Dia yang punya.

Maka jangan bersedih andai rasa tak mampu, maka jangan bersedih andai rasa lemah, maka jangan bersedih andai rasa bakal lupa.

Sebab keputusan yang terbaik pada mata kita bukanlah segala galanya. Tapi yang baik pada pandangan Allah itu adalah segalanya yang mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Tenangkanlah hati, lapangkanlah jiwa, pedulikan resah, kuburkan gelisah.

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Moga Allah permudahkan segala urusan dan beri kita pengakhiran yang terbaik buat diri kita, ruh kita. Tak kisah lah sama ada lulus mahupun gagal.

Didik hati untuk bersangka baik dan redha dengan Allah.

Allah knows best,
And all the best!"



Waalaikumsalam .









Comments

Popular posts from this blog

Ada orang nak datang umah :P

ignorance is embarrassing.

Beani??