Tajuk : Cinta Tiga Suku
Pengarang : Herna Diana
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-582-8
Mukasurat : 512 Halaman
Status Stok : ADA

‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah
Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap
pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.
Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri
lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara.
Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran
Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.
Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah
Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak
seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.
Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan.
Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun
tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan
onak dan duri.

yeah...inila dia bku novel yg tlh saya bce baru2 nie..
haih.x sdr nak SPM btol.

Comments

Popular posts from this blog

Ada orang nak datang umah :P

ignorance is embarrassing.

Beani??